At Blog to fb At Blog to fb At Blog to fb

Sekolah Kebangsaan Bandar, Kampung Bandar

Written By Unknown on Wednesday 10 July 2013 | 14:30


Sekolah Kebangsaan Bandar telah ditubuhkan pada 13 Mac 1898 dengan nama Sekolah Melayu Bandar Dandan Bakly Raja. Ia telah dikendalikan oleh Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah iaitu Sultan Selangor yang ke-V.

Perasmian Bangunan Tambahan Sekolah

Muridnya seramai 53 orang kesemunya lelaki. Guru besarnya En. Buruk b. Haji Ahmad. Beliau dilantik oleh Almarhum Raja Muda Musa. Bangunan pertama didirikan di atas tapak tanah yang terletak di Kampung Sungai Ingat di Simpang Tiga kira-kira 400 meter jaraknya dari Istana Bandar.

Bekas tapak kawasan sekolah lama (di sebelah Masjid Alaeddin)


Selepas 5 tahun sekolah ini dipindahkan di sebuah tanah lapang berhampiran istana (luar istana) kerana sekolah asal telah dijadikan tempat solok (tempat ibadat). Ini juga tidak kekal kerana tempat ini dijadikan tempat latihan Velenter dan majlis keramaian. Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Syah mendirikan sekolah baru di perkarangan istana dan di sinilah anakanda iaitu Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dan YM Raja Uda (Bekas Gabenor Pulau Pinang) bersekolah.

Bangunan paling tua dalam Sekolah Kebangsaan Bandar. 

Pada tahun 1952, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, tiang batu beratap nipah di mana sekolah itu kekal sehingga sekarang dan masih digunakan sehingga kini. Sekolah lama dijadikan sekolah agama. Di sini jugalah DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah mendapat pendidikan awalnya.

Mercu tanda sambutan 100 tahun Sek. Keb. Bandar
Pada 18 Oktober 2001 yang lalu, Sekolah kebangsaan Bandar telah mengadakan sambutan 100 tahun sekolah ini. Ia telah disempurnakan oleh pemangku Sultan Selangor ketika itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (kini Sultan Selangor).

Senarai guru-guru besar yang pernah dan sedang berkhidmat di Sek. Keb. Bandar

Pintu gerbang memasuki kawasan sekolah


PETA LOKASI

Share this article :

0 comments:

Post a Comment